Pantun Bosan

Hari ini, hari cuti
esok, lusa, sama lagi
sampai bila ku duduk kat sini
sambil berpantun goyang kaki.

Bangun pagi gosok gigi
habis sarapan tengok TV
menonton kartun bersiri-siri
apalah makna semua ini.

Kata orang ku dah gila
ku membalas, kau pun sama
saya, kamu, dia dan mereka
sama gila sama gembira.

Orang gila sama tak siuman
orang gila sama dah bosan
mengisi masa kita sepasukan
melakukan hal yang bukan-bukan.

Kebosanan itu amat dibenci
sampai orang nak bunuh diri
Makan, tidur, duduk, berdiri
sepanjang masa sakit hati.

Tapi hei kawan janganlah kecewa
Kebosanan akan berakhir juga
nantilah masa saatnya tiba
legalah hati, rianglah ketawa.

Jadi buat masa ini
janganlah engkau bersedih lagi
bila balik TAFE SEM. 2 nanti
banyak kerja menanti diri!!!

Jangan kau takut banyak kerja pulak kawan, heh heh heh...

4 comments:

  1. j@net said...:

    cool...
    i like this.
    haha

  1. Juan said...:

    Glad you like it hehheh.

  1. Olay said...:

    ...I like this post...I'll keep it... :-)
    I am here in KL, been here for almost two years yet I only begun learning to speak BM February this year that's why... "Kini,saya boleh faham Bahasa Melayu!!!.. ada lagi??"

    OlaY

  1. Juan said...:

    Hey Olay! Glad you can faham bahasa melayu hehe! I'm sure you'll pick up don't worry. See la next time maybe I berpantun lagi, tapi pantun macam ni simply write wan, hope you don't mind!

Post a Comment